Alhamdulillah, sehingga hari ini ummi masih dikurniakan kesihatan olehNya, walaupun sudah 35minggu mengandungkan anak sulung ummi ni. tapi biasalah, ada jugak la sakit2 biasa, yang ummi rasa, sebagai ibu mengandung. walaubagaimanapun, ummi tak rasa ianya sangat menyakitkan, dan sehingga kini tak pernah rasa serik untuk mengandung lagi, Alhamdulillah. ummi redha dan bersyukur dengan setiap detik yang ummi lalui..
em, sudah 4 hari ummi mengalami sakit pinggang. mencucuk-cucuk sehingga sukar untuk berjalan dengan baik, n tak boleh nak berdiri lama sangat. kadang2, terpaksa solat sambil duduk kerana tak tahan berdiri. tapi, bila duduk, tak rasa sakit pula. kata orang, itu dah tanda2 baby nak keluar. em, betul ke Anas dah nak keluar ni? ummi harap sangat Anas boleh sabar dulu, tunggu abi balik. dah tak lama, sayang...
selain dari sakit pinggang, tak ada lagi tanda2 yang lain. cuma kata nurse, kepala Anas dah turun ke bawah, cuma belum betul2 masuk lagi. Wallahua'lam... tak sabar nak tunggu abi balik, dan seterusnya menyambut kelahiran Anas bersama2..InsyaAllah...
esok ummi akan ke Klinik Ayer Lanas lagi, untuk temujanji seterusnya. tak sangka pula, di bulan ke 8 kehamilan ni, ummi diserang kencing manis. terpaksa la control skit makan lepas ni. InsyaAllah, ianya tak memudaratkan Anas. ummi akan cuba mengawalnya. sekarang ni, ummi dah say 'no' pada makanan yang manis2..insyaAllah, ummi akan cuba bertahan. nanti abi marah pulak dekat ummi sebab makan macam2..
Baru sekejap tadi abi call ummi. dia baru habis kelas hari ni. nada suara abi macam kepenatan je. kesian abi. semoga abi Anas ok je kat sana, InsyaAllah..dah 8 hari abi di singapura. makin bertambah rindu ummi..insyaAllah lagi 10 hari abi balik, jumpa ummi dan Anas..
SURAH2 PILIHAN YANG SERING UMMI BACA SEPANJANG MENGANDUNGKAN ANAS. TERDAPAT DI DALAMNYA SURAH YA SIN, AT TAUBAH, YUSUF, LUQMAN, MARYAM SERTA DOA2 PILIHAN. YANG SATU LAGI TU, WIRID DAN DOA YANG UMMI BACA DI MINGGU2 TERAKHIR KEHAMILAN, HADIAH DARIPADA ABI. TERIMA KASIH BUAT ABI...