Wednesday, 16 November 2011

PERMATA HATI UMMI

Sudah 2 hari abi berada di SIngapura kerana urusan kerjanya. Abi terpaksa tinggalkan ummi dan Anas untuk sementara waktu. InsyaAllah, doa abi akan sentiasa mengiringi.. 


Alhamdulillah, kesihatan ummi baik2 je.. Anas juga sangat aktif dalam perut ummi ni. gembira hati ummi... semoga dirimu sihat2 saja anakku.. tak lupa juga ummi doakan semoga abi sentiasa dalam keadaan baik di sana, serta dipermudahkan segala urusannya...


Abi pergi pun demi untuk kita dan keluarga kita. InsyaAllah, nanti abi takkan tinggalkan ummi lama2 lagi bila dh bekerja di tempat baru ni.. ummi sentiasa mendoakan semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuk kita.. 


sekarang dh nak masuk 8 bulan ummi mengandungkan Anas. tunggu masa nak melahirkan Anas je.. tak sabarnya ummi.. sekarang ni ummi hanya berehat di rumah mek, tak ulang alik ke rumah nenek lagi.. sebab takut nanti bahaya pada kandungan ummi.. dah nak bersalin nanti, baru nak pergi stay rumah nenek pulak...


Kalau Anas nak tahu, dh banyak sangat tempat yg Anas pergi...Anas dh sampai ke Jepun, Langkawi, Melaka, Terengganu, KL, Perak.... Abi dah tak nak bawak ummi pergi jauh2 lagi dah... bukan apa..abi juga sangat risau...InsyaAllah, bila Anas dah lahir nanti, abi bawak pergi jalan2 lagi ye... emm...ummi rindu pada abi... rindu juga pada Anas...dua permata dalam hidup ummi...ALHAMDULILLAH...


BUKU KLINIK UNTUK CHECKUP KESIHATAN UMMI DAN ANAS SEPANJANG MENGANDUNG. 

INI PULA BUKU CATATAN UMMI SEPANJANG MENGANDUNGKAN ANAS. BUKU INI ABI YANG BELIKAN UNTUK UMMI LEPAS TURUN DARI KAPAL DULU. 

No comments:

Post a Comment