Thursday, 26 January 2012

SELAMAT DATANG ANAKKU

Assalamualaikum, anak ummi yang sangat dikasihi dan dicintai...Syukur ummi hanya kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...sentiasa memberi, tak pernah berkurang..

Ini pos pertama ummi sejak kehadiran Anas ke dunia ini. Alhamdulillah, kini ummi telah benar2 menjadi seorang ibu, sebagaimana yang ummi dambakan selama ini. Ummi kini adalah ummu Anas...betapa syukur dan gembiranya hati ummi...

Hari ini Anas Zaydan bin Mohd Suzainizam telah pun berusia 15 hari..sudah 2 minggu Anas hidup di dunia ini..ummi mengharapkan agar Allah sentiasa melindungi Anas, dan membantu Anas untuk terus membesar dan berhadapan dengan dengan dugaan dunia yang sangat hebat ini...

Anas selamat dilahirkan pada 12/01/12, jam 11.57 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. Alhamdulillah, segala kesakitan yang ummi tanggung takkan dapat mengatasi rasa gembira dan syukur ummi dengan kehadiran Anas. Ummi cuba melupakan segala kesakitan itu, walaupun hari ini keadaan ummi masih belum benar2 baik. Tapi ummi tetap gembira dan bahagia, kerana Anas yang ummi dan abi rindui ada bersama ummi. Semoga sihat, anakku...dikau penyeri hidup ummi dan abi.

Ummi juga sangat bersyukur kerana abi ada bersama ummi saat ummi melahirkan Anas. Ummi terharu, menangis bahagia saat Anas diletakkan di atas dada ummi sebaik Anas dilahirkan, juga terharu mendengar bisikan azan dan iqamah abi di telinga Anas. Ummi sangat bahagia, sayang...

Mungkin ini dulu yang sempat ummi coretkan di sini untuk hari ini. Ummi ambil kesempatan ini, ketika Anas sedang tidur, dan abi pula pergi mencari buah ara dan pucuk paku untuk majlis esok. Aqiqah dan majlis bercukur Anas, dah buat minggu lepas di rumah nenek. Esok, insyaAllah akan buat lagi bersama dengan majlis maulidrrasul..insyaAllah...semoga anak ummi sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...cepatlah membesar anakku... ummi dan abi cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Anas...INSYAALLAh....

No comments:

Post a Comment