Sunday, 11 March 2012

SUNTIKAN KETIGA ANAS

Salam kasih dan sayang dari ummi buat anak ummi yang tercinta..


Hari ini ummi bawak Anas ke klinik untuk suntikan ketiga. Oh, sudah 2 bulan usia Anas. Tapi Alhamdulillah...Anas kuat, hanya menangis sekejap saja. Kesian Anas kena cucuk. Ummi risau kalau2 Anas menangis kuat, kerana ummi tahu, ia sangat menyakitkan buat anak kecil seperti Anas. Ummi bangga dengan Anas yang sangat baik dan kuat. Tapi sekarang ummi risau kalau2 Anas akan demam kerana suntikan itu. Risau sangat. Hati ummi tak tenteram sangat sekarang ni, tambah pula ada masalah lain. Takde apalah, cuma mesin basuh tu...tiba2 rosak pulak. Abi baru je beli tu... 


Abi pun mesti sedang risaukan Anas. Ummi masih tak berhubung dengan abi lepas balik dari klinik ni, mungkin abi ada kerja kot. Dia masih tak call atau masej ummi lagi. Tadi sebelum pergi, ummi dah beritahu abi. 


Emm.. berat Anas sekarang ialah 5.8kg, dan tinggi pula, 60cm...dah makin besar anak ummi ni..n makin comel juga...semoga membesar dengan sihat ye sayang...




UMMI DAN ANAS SEBELUM KE KLINIK DESA LEGEH. ANAS LENA TIDUR, TAPI TERUS TERJAGA BILA UMMI BAWA KE KLINIK. 

No comments:

Post a Comment