Tuesday, 6 March 2012

CERITA UMMI TENTANG ABI

Assalamualaikum anak ummi sayang...


Sekali lagi ummi berpeluang meng'update' blog ini. Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus bernafas di bumi ALlah ini..


Hari ini ummi dan Anas masih berada di rumah nenek, sepanjang ketiadaan abi. Sudah 5 hari abi pergi, dan hati ummi semakin merinduinya. InsyaAllah, esok pak long datang ambik ummi dan Anas balik ke rumah mek pula. Ummi pun rindu nak balik rumah ummi. Tapi bimbang pulak, kat sana bising, sebab orang tengah baiki rumah mek. Harap2 ia tak mengganggu Anas. 


Semalam dapat buat video call dengan abi. Seronok dapat tatap wajah abi. Anas pun dapat tengok abi, n dengar suara abi juga kan..ummi gembira bila abi cakap dia dapat kerja petronas. Ini bermakna, jika abi terima kerja tu, abi tak akan belayar dan tinggalkan kita lagi. Kita pula yang akan teman abi jika abi terima kerja tu. Ummi harap sangat abi akan terima kerja baru ni. tapi.. ummi belum tahu apa keputusan abi. ummi tahu... amat berat juga untuk abi membuat keputusan. Atau mungkin..keadaan yang tidak mengizinkan, memandangkan sekarang abi berada di atas kapal..entahlah sayang...ummi cuma mampu berharap dan mendoakan yang terbaik untuk abi..insyaAllah..ummi terima saja apa keputusan abi, walaupun bukan seperti yang ummi harapkan...


Sekarang ni Anas sedang lena tidur selepas mandi, dan menyusu.. yelah, kalau Anas tak tidur, mana ummi berpeluang nak menulis di blog ni.. insyaAllah ummi akan terus menulis di sini andai berkesempatan..


Ok sayang, setakat ini dulu dari ummi..ummi akan sambung lagi, insyaAllah....love u sayang..




KENANGAN HARI KE14 KELAHIRAN ANAS. HARI INI ABI MEMBOTAKKAN KEPALA ANAS.

Monday, 5 March 2012

SAYANGKU ANAS ZAYDAN

Assalamualaikum sayang...semoga sentiasa sihat dan diberkati Allah..doa ummi akan sentiasa mengiringimu anakku...


Sudah 4 hari abi pergi belayar, tinggalkan ummi dan Anas. Abi pergi mencari rezeki untuk keluarga kita. Anas jangan sedih2 ye sayang..walaupun sebenarnya..ummi yang sangat2 rindu pada abi...


setakat hari ini, Alhamdulillah..setiap hari dapat dengar suara abi. Hari2 abi call, tapi hari ni x dapat call sebab kapal berada di tengah lautan dah. tapi, still dapat buat video call and dapat tengok muka abi,,hmm... Alhamdulillah..abi dah tak belayar jauh2 lagi..semuanya untuk Anas...abi tak nak tinggalkan anas lama2...abi sangat rindukan Anas...Anas lah..jantung hati, kesayangan abi...


setiap hari abi suruh ummi upload gambar Anas...yelah..ummi akan upload setiap hari..mudah2an terubat rindu abi pada Anas...


Ok, sampai di sini....Anas dah terjaga dari tidur..ummi x boleh nak ngadap laptop lama2 lagi..nanti Anas nangis sebab ummi tak layan...


ummi sayang Anas..


GAMBAR ANAS YANG DI UPLOADKAN UNTUK ABI HARI INI...COMELNYA ANAK UMMI..ABI PASTI SANGAT RINDU..

Saturday, 11 February 2012

ANAS ZAYDAN: 1 MONTH

Assalamualaikum, buah hati ummi...semoga Allah sentiasa melindungimu sayang..


Hari ini genap sudah usia Anas 30 hari. Bermakna sudah sebulan Anas berada di dunia ini. Syukur pada Tuhan, yang memberikan Anas kesihatan. Anak ummi sudah semakin comel dan sihat. Entah berapa berat Anas sekarang. Kali terakhir timbang, pada hari ke 27. Anas dah pun 4.4kg. Dah naik 1.4kg berbanding hari Anas dilahirkan. Alhamdulillah...berkat susu ibu..


Cuma, ummi kesiankan Anas yang sudah banyak hari terkena selesema. Kadang2 tengok Anas macam susah je nak bernafas. Sedih ummi tengok. Tapi Anas kuat kan, sayang. Ummi tak jemu berdoa semoga Allah memberi kesembuhan pada Anas. Sesungguhnya ALlah MAha berkuasa dan MAha Penyayang. sabar ye sayang...


Ummi sayangkan Anas...ummi akan sentiasa mendoakan Anas..semoga dapat membesar dengan baik, anakku....

Wednesday, 8 February 2012

SALAM CINTA DARI UMMI

Assalamualaikum..anak ummi yang tercinta..semoga sihat dan baik2 saja anakku..

Sekarang kita berada di Kota Bharu, rumah nenek Anas. Seminggu sekali kena ulang alik rumah mek dan rumah nenek. nak buat macamana, kita masih belum ada rumah sendiri lagi. InsyaAllah, ada rezeki nanti, akan terbinalah rumah kita..doakan abi dipermudahkan urusan kerja ye, dan dimurahkan rezeki oleh Allah..

Anak ummi sedang lena tidur di atas tilamnya..em, comel sungguh anak ummi ni. sesekali terdengar suara Anas yang sedang menggeliat. sedapnya dia tidur... yelah, pagi2 nilah nak tidur lena pun..malam berjaga pulak kan? semalam abi cakap, pukul 2 lebih baru Anas boleh tidur nyenyak..kesian abi bersengkang mata jaga Anas..ummi dah tidur awal dah, cuma bangun untuk menyusukan Anas je..

em, mungkin tak lama lagi abi akan kembali bekerja, dan terpaksa meninggalkan ummi dan Anas..nampaknya, ummi seorang la yang akan jaga Anas nanti...kuatkah ummi tanpa abi? ya Allah...ummi sangat risau... ummi takut...semoga Allah memberikan kekuatan buat ummi...pastinya, ummi sangat merindui abi...dan abi juga pasti sangat sedih untuk meninggalkan Anas...yelah...siang malam dia jaga Anas... abi sangat sayangkan Anas...

ok sayang..sampai di sini dulu..salam penuh kecintaan dari ummi dan abi...

Tuesday, 31 January 2012

ANAK UMMI SAYANG

Assalamualaikum sayang ummi..doa ummi agar anak ummi sentiasa dalam keadaan baik dan dirahmati Allah...


Hari ini genap 20 hari usia Anas. Alhamdulillah, anak ummi sentiasa dikurniakan kesihatan olehNya. Ummi sangat bersyukur, kerana anak ummi ini tidak ada banyak ragam yang boleh menyebabkan kerisauan ummi dan abi. Anas anak yang baik, jarang nak menangis , kecuali apabila lapar dan berak. Ummi banyak belajar untuk memahami tangisan Anas. Mana satu tangisan lapar, dan mana satu minta ditukar lampin. Ummi sentiasa berharap dan dan berdoa, agar tiada tangisan yang selain itu. Namun adakalanya, Anas menangis untuk dipangku. Tak mengapalah sayang, yang penting Anas tak sakit...ummi sangat risaukan itu..


Anas juga dah semakin membesar, berbeza dengan hari pertama Anas dilahirkan. Em, pipi pun dah semakin kembung. Syukur, Allah mencukupkan susu ummi untuk diberikan pada Anas. Ummi berjanji akan terus menyusukan Anas sehingga umur Anas 2 tahun, InsyaAllah. Abi juga sering berpesan agar ummi dapat menyempurnakan tugas ummi menyusukan Anas. InsyaAllah, sayang. Ummi cuba yang terbaik untuk Anas. Semoga Allah terus memberikan ummi kesihatan, dan kehidupan untuk terus menjaga dan memelihara Anas.


Saat ini Anas sedang lena tidur di dalam kelambu comel Anas tu. Abi pula, ke Tanah Merah untuk membayar duit kereta dan membeli sedikit keperluan. Tak lama lagi abi akan tinggalkan ummi dan Anas untuk sementara waktu, kerana tuntutan kerja telah memanggilnya. InsyaAllah, perpisahan ini hanya sementara. Semoga Allah terus memberikan ummi dan abi kekuatan untuk berhadapan dengan ujian perpisahan ini. Dan semoga ummi diberi kekuatan untuk melalui kehidupan bersama Anas, tanpa abi. Ummi redha...semoga Anas juga akan terus sihat dan baik bersama ummi. jangan buat abi risau ye sayang...


Anas..ummi dan abi sangat sayangkan Anas..




ANAS SEDANG LENA TIDUR DI DALAM KELAMBU YANG DIBELI OLEH ABI. LENALAH  TIDURMU ANAKKU. UMMI SAYANG ANAS..SAYANG SANGAT!

Sunday, 29 January 2012

DODOI ANAKKU DODOI

Assalamualaikum....duhai anak ummi yang comel, dan soleh...

saat ini jam mnjukkan ke pukul 2.30 pagi. ummi masih x dpat tido kerana Anas yang masih ingin berjaga. ummi menaip sambil memangku Anas. mata Anas pejam celik-pejam celik. masih belum lena..tidurlah anakku..lenalah anakku..ummi sayang anas...

Thursday, 26 January 2012

SELAMAT DATANG ANAKKU

Assalamualaikum, anak ummi yang sangat dikasihi dan dicintai...Syukur ummi hanya kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...sentiasa memberi, tak pernah berkurang..

Ini pos pertama ummi sejak kehadiran Anas ke dunia ini. Alhamdulillah, kini ummi telah benar2 menjadi seorang ibu, sebagaimana yang ummi dambakan selama ini. Ummi kini adalah ummu Anas...betapa syukur dan gembiranya hati ummi...

Hari ini Anas Zaydan bin Mohd Suzainizam telah pun berusia 15 hari..sudah 2 minggu Anas hidup di dunia ini..ummi mengharapkan agar Allah sentiasa melindungi Anas, dan membantu Anas untuk terus membesar dan berhadapan dengan dengan dugaan dunia yang sangat hebat ini...

Anas selamat dilahirkan pada 12/01/12, jam 11.57 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. Alhamdulillah, segala kesakitan yang ummi tanggung takkan dapat mengatasi rasa gembira dan syukur ummi dengan kehadiran Anas. Ummi cuba melupakan segala kesakitan itu, walaupun hari ini keadaan ummi masih belum benar2 baik. Tapi ummi tetap gembira dan bahagia, kerana Anas yang ummi dan abi rindui ada bersama ummi. Semoga sihat, anakku...dikau penyeri hidup ummi dan abi.

Ummi juga sangat bersyukur kerana abi ada bersama ummi saat ummi melahirkan Anas. Ummi terharu, menangis bahagia saat Anas diletakkan di atas dada ummi sebaik Anas dilahirkan, juga terharu mendengar bisikan azan dan iqamah abi di telinga Anas. Ummi sangat bahagia, sayang...

Mungkin ini dulu yang sempat ummi coretkan di sini untuk hari ini. Ummi ambil kesempatan ini, ketika Anas sedang tidur, dan abi pula pergi mencari buah ara dan pucuk paku untuk majlis esok. Aqiqah dan majlis bercukur Anas, dah buat minggu lepas di rumah nenek. Esok, insyaAllah akan buat lagi bersama dengan majlis maulidrrasul..insyaAllah...semoga anak ummi sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...cepatlah membesar anakku... ummi dan abi cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Anas...INSYAALLAh....