Tuesday, 31 January 2012

ANAK UMMI SAYANG

Assalamualaikum sayang ummi..doa ummi agar anak ummi sentiasa dalam keadaan baik dan dirahmati Allah...


Hari ini genap 20 hari usia Anas. Alhamdulillah, anak ummi sentiasa dikurniakan kesihatan olehNya. Ummi sangat bersyukur, kerana anak ummi ini tidak ada banyak ragam yang boleh menyebabkan kerisauan ummi dan abi. Anas anak yang baik, jarang nak menangis , kecuali apabila lapar dan berak. Ummi banyak belajar untuk memahami tangisan Anas. Mana satu tangisan lapar, dan mana satu minta ditukar lampin. Ummi sentiasa berharap dan dan berdoa, agar tiada tangisan yang selain itu. Namun adakalanya, Anas menangis untuk dipangku. Tak mengapalah sayang, yang penting Anas tak sakit...ummi sangat risaukan itu..


Anas juga dah semakin membesar, berbeza dengan hari pertama Anas dilahirkan. Em, pipi pun dah semakin kembung. Syukur, Allah mencukupkan susu ummi untuk diberikan pada Anas. Ummi berjanji akan terus menyusukan Anas sehingga umur Anas 2 tahun, InsyaAllah. Abi juga sering berpesan agar ummi dapat menyempurnakan tugas ummi menyusukan Anas. InsyaAllah, sayang. Ummi cuba yang terbaik untuk Anas. Semoga Allah terus memberikan ummi kesihatan, dan kehidupan untuk terus menjaga dan memelihara Anas.


Saat ini Anas sedang lena tidur di dalam kelambu comel Anas tu. Abi pula, ke Tanah Merah untuk membayar duit kereta dan membeli sedikit keperluan. Tak lama lagi abi akan tinggalkan ummi dan Anas untuk sementara waktu, kerana tuntutan kerja telah memanggilnya. InsyaAllah, perpisahan ini hanya sementara. Semoga Allah terus memberikan ummi dan abi kekuatan untuk berhadapan dengan ujian perpisahan ini. Dan semoga ummi diberi kekuatan untuk melalui kehidupan bersama Anas, tanpa abi. Ummi redha...semoga Anas juga akan terus sihat dan baik bersama ummi. jangan buat abi risau ye sayang...


Anas..ummi dan abi sangat sayangkan Anas..




ANAS SEDANG LENA TIDUR DI DALAM KELAMBU YANG DIBELI OLEH ABI. LENALAH  TIDURMU ANAKKU. UMMI SAYANG ANAS..SAYANG SANGAT!

Sunday, 29 January 2012

DODOI ANAKKU DODOI

Assalamualaikum....duhai anak ummi yang comel, dan soleh...

saat ini jam mnjukkan ke pukul 2.30 pagi. ummi masih x dpat tido kerana Anas yang masih ingin berjaga. ummi menaip sambil memangku Anas. mata Anas pejam celik-pejam celik. masih belum lena..tidurlah anakku..lenalah anakku..ummi sayang anas...

Thursday, 26 January 2012

SELAMAT DATANG ANAKKU

Assalamualaikum, anak ummi yang sangat dikasihi dan dicintai...Syukur ummi hanya kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...sentiasa memberi, tak pernah berkurang..

Ini pos pertama ummi sejak kehadiran Anas ke dunia ini. Alhamdulillah, kini ummi telah benar2 menjadi seorang ibu, sebagaimana yang ummi dambakan selama ini. Ummi kini adalah ummu Anas...betapa syukur dan gembiranya hati ummi...

Hari ini Anas Zaydan bin Mohd Suzainizam telah pun berusia 15 hari..sudah 2 minggu Anas hidup di dunia ini..ummi mengharapkan agar Allah sentiasa melindungi Anas, dan membantu Anas untuk terus membesar dan berhadapan dengan dengan dugaan dunia yang sangat hebat ini...

Anas selamat dilahirkan pada 12/01/12, jam 11.57 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. Alhamdulillah, segala kesakitan yang ummi tanggung takkan dapat mengatasi rasa gembira dan syukur ummi dengan kehadiran Anas. Ummi cuba melupakan segala kesakitan itu, walaupun hari ini keadaan ummi masih belum benar2 baik. Tapi ummi tetap gembira dan bahagia, kerana Anas yang ummi dan abi rindui ada bersama ummi. Semoga sihat, anakku...dikau penyeri hidup ummi dan abi.

Ummi juga sangat bersyukur kerana abi ada bersama ummi saat ummi melahirkan Anas. Ummi terharu, menangis bahagia saat Anas diletakkan di atas dada ummi sebaik Anas dilahirkan, juga terharu mendengar bisikan azan dan iqamah abi di telinga Anas. Ummi sangat bahagia, sayang...

Mungkin ini dulu yang sempat ummi coretkan di sini untuk hari ini. Ummi ambil kesempatan ini, ketika Anas sedang tidur, dan abi pula pergi mencari buah ara dan pucuk paku untuk majlis esok. Aqiqah dan majlis bercukur Anas, dah buat minggu lepas di rumah nenek. Esok, insyaAllah akan buat lagi bersama dengan majlis maulidrrasul..insyaAllah...semoga anak ummi sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...cepatlah membesar anakku... ummi dan abi cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Anas...INSYAALLAh....

Tuesday, 20 December 2011

SATU HARI DI KK AYER LANAS

Assalamualaikum..anak2 ummi yang sentiasa dikasihi dan dirindui...


Hari ini hari yang agak menyedihkan buat ummi. Diiringi gerimis pagi, begitu jua gerimis di hati ummi. Entahlah, seperti ummi sangat lemah untuk berhadapan dengan ujian ini.. sebenarnya mungkin hanya 'simple thing' or 'normal thing'..tapi cukup buat ummi menitiskan air mata.


Tadi ummi ke Klinik Ayer Lanas kerana hari ini ada appoiment dengan doktor untuk discus pasal ujian BSP semalam. Tapi malangnya, doktor pulak mc hari ni..xmengapalah, ummi tak kisah sangat yang tu. Kat klinik tu juga, seperti biasa kena buat pemeriksaan yang lain. sekarang masalah baru pula timbul. Masalah 'air kencing kotor' pulak.. macam2..dah dekat nak due ni...tapi sebenarnya syukur juga, sebab baru sekarang ada..bukan masa awal2 mengandung dulu... 


Ummi sebenarnya sangat risaukan anak ummi ni.. entah macamana keadaan Anas.. dengan kencing manisnya, air kencing kotornya, ummi takut kalau2 ia memberi effect pada Anas.. dah la tadi, masa cek denyutan jantung, misi cakap slow..nak menangis ummi dibuatnya. then, dia cek sekali lagi..it's normal..145/minit...Alhamdulillah....tapi still tak puas hati ni...risau sangat2....hanya tanggung sendiri perasaan ni. Abi masih jauh...ya Allah....lindungi anakku...


Hari ini abi akan pulang ke tanah air. Malam nanti, sampai Kota Bharu..mungkin esok atau lusa baru boleh datang jumpa ummi n bawak ummi balik KB pulak. Tapi hope dapat tunggu untuk appoiment seterusnya, 27/12 ini...tapi tak tahulah...mungkin ke Anas akan lahir dah b4 tarikh tu? Tawakkal saja pada Allah... ummi harapkan yang terbaik dariNya... semoga anak ummi sihat, sejahtera, selamat dan sempurna....ya Allah...permudahkan segalanya...


emm..esok kena ke klinik lagi, untuk hantar sampel air kencing...cepatlah abi balik....tak nak susahkan orang lain lagi pergi hantar dan ambik...



RESULT UNTUK PEMERIKSAAN ANTENATAL HARI INI (21/12/11)

Monday, 19 December 2011

BSP (UJIAN GLUKOS DALAM DARAH) PERTAMA

Assalamualaikum sayang ummi...semoga sihat dan bahagia selalu bersama rahmat Allah..


Hari ini kesihatan ummi baik2 saja, Alhamdulillah. Sudah masuk ke minggu 37 usia kandungan ummi. Sudah dapat ummi rasakan kepala Anas dah turun ke bawah. InsyaAllah, dah masuk pada jalan yang sepatutnya. Mungkin seminggu dua lagi Anas akan dilahirkan ke dunia ini. InsyaAllah..yang ummi harapkan, anak ummi ini sihat2 saja dalam jagaan Allah. Hakikatnya, ummi sangat risau, tapi ummi hanya mampu berserah pada Allah.


Hari ini juga ummi perlu buat pemeriksaan gula dalam darah. Pagi tadi dah pergi klinik sekali, n resultnya sangat mengecewakan ummi. Tinggi sangat kandungan gula tu. Lepas ni kena pergi lagi, then pkul 5 petang ni, n last skali pkul 9 malam ni. Nasib baiklah klinik ni dekat je. Jadi, ia tak menyusahkan ummi walaupun abi takde. Ummi sebenarnya risau dengan kencing manis yang tiba2 datang ni. Ummi risaukan keadaan Anas. YA Allah...semoga baik2 saja anakku...ameeen.


Setakat ni, ummi dapat rasakan gerakan Anas yang masih aktif seperti biasa. Alhamdulillah..ummi yakin anak ummi sihat. Tadi disebabkan risau, ummi cuba dengar degupan jantung Anas. Alhamdulillah, syukur..ummi dapat dengar degupan Anas yang sangat laju tu. Lega hati ummi...em, sekarang ni pun Anas tengah gerak2 kat dalam perut ummi ni. Anas tahu ye, ummi sedang menulis untuk Anas...Bagus anak ummi ni...tq sayang... kerana masih kuat di dalam sana, walaupun ummi tak tahu bagaimana sebenarnya keadaan Anas.. maafkan ummi andai tak pandai menjaga Anas...semoga sihat anakku...Allah pasti menjaga dan melindungimu...

Saturday, 17 December 2011

MERINDUI ANAS DAN ABI

Assalamualaikum, anakku sayang...Doa ummi sentiasa mengiringimu..semoga baik2 anaku...


Ummi masih bersendirian, menanti kepulangan abi, dengan penuh kerinduan. Juga menanti kelahiran Anas, dengan penuh pengharapan dan debaran. Sudah hampir 36minggu usiamu anakku. Ummi dan abi sangat tidak sabar untuk mendakapmu, dan menatap wajahmu. Bagaimana ye, rupa Anas? Macam ummi atau abi? Emm, tak sabarnya ummi nak tunggu Anas lahir...


Sekarang ni, ummi dapat merasakan kelahiran Anas yang semakin hampir. Sakit pinggang ummi ni tak hilang2. Anas pula, selalu sangat mengeras, cuma ummi masih belum merasakan kesakitannya lagi. Tapi agak terasa juga, nyerinya perut ummi ni. InsyaAllah, lagi 5 hari abi akan balik. Anas tunggu dulu ye sayang...


Pakaian dan segala keperluan Anas yang ummi belikan dulu, masih belum berbasuh lagi. Tak sampai ummi nak ambil kat atas almari tu. Lagipun sekarang masih musim hujan. Harap2 sempat la nanti ummi basuh dulu sebelum Anas lahir. Ummi pun tengah tunggu abi balik untuk ambil n basuh semua tu.


Ummi pun tertanya2 juga, agaknya Anas akan lahir bulan 12 atau bulan 1 ye? Kalau ikutkan jangka, mestilah bulan satu. Tapi ummi rasa macam Anas nak keluar awal je. Tak kisahlah sayang, yang penting semuanya selamat dan dipermudahkan. Tak tahulah macamana ummi nak gambarkan perasaan ni. Gembira sudah pasti, takut dan berdebar2 tetap ada. Maklumlah, nak menjadi ibu buat pertama kali. Ummi akan terus berdoa pada Allah semoga Segalanya dipermudahkan, dan anak ummi akan selamat dilahirkan nanti, insyaAllah... abi juga pasti sedang mendoakan kita...ummi rindu pada Anas dan abi...rinduu sangat2...




BEG UMMI YANG AKAN DIISI DENGAN BARANG KEPERLUAN UMMI DI HOSPITAL NANTI. WARNA PINK, SAMA DENGAN ANAS.

Friday, 16 December 2011

MALAM2 TANPA ABI

Anak ummi sayang... apa khabar kalian? Semoga sihat dan baik2 saja anakku.. I miss u all..


Jam hampir menunjukkan ke pukul 11 malam. Mata ummi sudah rasa mengantuk, tapi rasa malas pulak nak masuk tidur. Malam ni tinggal ummi dengan cik je kat rumah. Abi masih belum pulang, mek pula ke Langkawi hari ni. 


Alhamdulillah, ummi masih dikurniakan kesihatan oleh Allah. Semoga Anak ummi juga sihat dalam perut ummi ni, Anas sangat aktif kat dalam ni. selalu mengeras, buat ummi risau je. Jangan keluar dulu sayang, tunggu abi ye...kesian ummi..ummi perlukan abi di sisi untuk menghadapi saat itu. Namun pada Allah jua ummi berserah. Dia lebih tahu yang terbaik..


Semalam n hari ini dapat cakap dengan abi melalui video cam. Dapat tengok wajah hensem yang ummi rindu tu, rasa terubat sedikit kerinduan ini. Lambatnya abi nak balik...Anas pun pasti sangat rindu pada suara abi kan?Takpelah, kita sama2 doakan yang terbaik..untuk abi, ummi dan Anas....InsyaAllah...