Tuesday 31 January 2012

ANAK UMMI SAYANG

Assalamualaikum sayang ummi..doa ummi agar anak ummi sentiasa dalam keadaan baik dan dirahmati Allah...


Hari ini genap 20 hari usia Anas. Alhamdulillah, anak ummi sentiasa dikurniakan kesihatan olehNya. Ummi sangat bersyukur, kerana anak ummi ini tidak ada banyak ragam yang boleh menyebabkan kerisauan ummi dan abi. Anas anak yang baik, jarang nak menangis , kecuali apabila lapar dan berak. Ummi banyak belajar untuk memahami tangisan Anas. Mana satu tangisan lapar, dan mana satu minta ditukar lampin. Ummi sentiasa berharap dan dan berdoa, agar tiada tangisan yang selain itu. Namun adakalanya, Anas menangis untuk dipangku. Tak mengapalah sayang, yang penting Anas tak sakit...ummi sangat risaukan itu..


Anas juga dah semakin membesar, berbeza dengan hari pertama Anas dilahirkan. Em, pipi pun dah semakin kembung. Syukur, Allah mencukupkan susu ummi untuk diberikan pada Anas. Ummi berjanji akan terus menyusukan Anas sehingga umur Anas 2 tahun, InsyaAllah. Abi juga sering berpesan agar ummi dapat menyempurnakan tugas ummi menyusukan Anas. InsyaAllah, sayang. Ummi cuba yang terbaik untuk Anas. Semoga Allah terus memberikan ummi kesihatan, dan kehidupan untuk terus menjaga dan memelihara Anas.


Saat ini Anas sedang lena tidur di dalam kelambu comel Anas tu. Abi pula, ke Tanah Merah untuk membayar duit kereta dan membeli sedikit keperluan. Tak lama lagi abi akan tinggalkan ummi dan Anas untuk sementara waktu, kerana tuntutan kerja telah memanggilnya. InsyaAllah, perpisahan ini hanya sementara. Semoga Allah terus memberikan ummi dan abi kekuatan untuk berhadapan dengan ujian perpisahan ini. Dan semoga ummi diberi kekuatan untuk melalui kehidupan bersama Anas, tanpa abi. Ummi redha...semoga Anas juga akan terus sihat dan baik bersama ummi. jangan buat abi risau ye sayang...


Anas..ummi dan abi sangat sayangkan Anas..




ANAS SEDANG LENA TIDUR DI DALAM KELAMBU YANG DIBELI OLEH ABI. LENALAH  TIDURMU ANAKKU. UMMI SAYANG ANAS..SAYANG SANGAT!

Sunday 29 January 2012

DODOI ANAKKU DODOI

Assalamualaikum....duhai anak ummi yang comel, dan soleh...

saat ini jam mnjukkan ke pukul 2.30 pagi. ummi masih x dpat tido kerana Anas yang masih ingin berjaga. ummi menaip sambil memangku Anas. mata Anas pejam celik-pejam celik. masih belum lena..tidurlah anakku..lenalah anakku..ummi sayang anas...

Thursday 26 January 2012

SELAMAT DATANG ANAKKU

Assalamualaikum, anak ummi yang sangat dikasihi dan dicintai...Syukur ummi hanya kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...sentiasa memberi, tak pernah berkurang..

Ini pos pertama ummi sejak kehadiran Anas ke dunia ini. Alhamdulillah, kini ummi telah benar2 menjadi seorang ibu, sebagaimana yang ummi dambakan selama ini. Ummi kini adalah ummu Anas...betapa syukur dan gembiranya hati ummi...

Hari ini Anas Zaydan bin Mohd Suzainizam telah pun berusia 15 hari..sudah 2 minggu Anas hidup di dunia ini..ummi mengharapkan agar Allah sentiasa melindungi Anas, dan membantu Anas untuk terus membesar dan berhadapan dengan dengan dugaan dunia yang sangat hebat ini...

Anas selamat dilahirkan pada 12/01/12, jam 11.57 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu. Alhamdulillah, segala kesakitan yang ummi tanggung takkan dapat mengatasi rasa gembira dan syukur ummi dengan kehadiran Anas. Ummi cuba melupakan segala kesakitan itu, walaupun hari ini keadaan ummi masih belum benar2 baik. Tapi ummi tetap gembira dan bahagia, kerana Anas yang ummi dan abi rindui ada bersama ummi. Semoga sihat, anakku...dikau penyeri hidup ummi dan abi.

Ummi juga sangat bersyukur kerana abi ada bersama ummi saat ummi melahirkan Anas. Ummi terharu, menangis bahagia saat Anas diletakkan di atas dada ummi sebaik Anas dilahirkan, juga terharu mendengar bisikan azan dan iqamah abi di telinga Anas. Ummi sangat bahagia, sayang...

Mungkin ini dulu yang sempat ummi coretkan di sini untuk hari ini. Ummi ambil kesempatan ini, ketika Anas sedang tidur, dan abi pula pergi mencari buah ara dan pucuk paku untuk majlis esok. Aqiqah dan majlis bercukur Anas, dah buat minggu lepas di rumah nenek. Esok, insyaAllah akan buat lagi bersama dengan majlis maulidrrasul..insyaAllah...semoga anak ummi sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...cepatlah membesar anakku... ummi dan abi cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Anas...INSYAALLAh....