permata hati ayah dan bonda,
lahirmu tiada dosa tiada noda,
hadirmu diiring senyum dan syukur,
Alhamdulillah, berakhir sebuah penantian..
Duhai anak...
di sini akan kau mulakan perjalanan,
jalan yang penuh liku, onak dan duri,
andai terlena dan terleka, maka rebahlah dirimu,
teruskan perjalananmu sayang,
kerana destinasimu bukan di sini...
Duhai anak,
carilah petunjuk, carilah pedoman,
untuk kau melangkah tiada tersasar,
berpeganglah teguh pada al-Quran dan sunnah,
pasti jalanmu terang lagi bersuluh,
hatimu tenang meski payah untuk melangkah...
Duhai anak, semoga terus suci hatimu,
semoga terus tenang nuranimu,
semoga bertambah cekal jiwamu,
jadikan Redha Allah sebagai buruanmu...
Selamat berjuang anakku!!
(puisi yg ummi cipta pd 21/03/12 utk dipos dlm page fb ummi)
ANAK UMMI YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN CERDIK DAN PANDAI..HMM..ANAS CAKAP APA KAT UMMI NI?